|
Tuesday, 13 October 2009 19:44 |
|
There are less than 3,000 tigers left roaming the planet, a drastic decline from 100,000 tigers just a short century ago.
There used to be nine tiger sub-species worldwide, but in the last 70 years, three have gone extinct - the Balinese, Caspian and Javan. Globally, the tiger has lost 93% of its habitat in the last 100 years.
The Malayan tiger Panthera tigris jacksoni found only in the Malay Peninsula, was recognized in 2004 as the ninth sub-species. In the 1950s, there were an estimated 3,000 tigers in Peninsular Malaysia. Today, only about 500 Malayan tigers are believed to remain, but no one knows for certain. |
|
Read more...
|
|
|
Tuesday, 13 October 2009 18:42 |
Tigers are found throughout much of Peninsular Malaysia (except for islands and small states such as Perlis, Penang, Malacca and the federal territories of Kuala Lumpur and Putrajaya).
Tigers are habitat generalists, meaning that they can live in a variety of habitat types; from peat swamp to small woodlands inside plantations to lower montane forest. In Malaysia, tigers are even found at the Gunung Bintang Hijau at 1730m in Perak. However, they prefer lowland forest.
Based on the information collected between 1991 and 2003, about half of Peninsular Malaysia is considered a suitable tiger habitat. The four main tiger states are Pahang, Perak, Kelantan and Terengganu and these support nearly 90% of the tiger habitat in the country. |
|
Read more...
|
|
Written by Suzalinur Manja Bidin
|
|
Tuesday, 29 September 2009 22:19 |
|
Membanteras jenayah hidupan liar: Kerjasama dengan penduduk tempatan untuk melindungi Koridor Harimau Taman Negara 25 September 2009
Bagi memperingati sambutan Hari Harimau Belang Antarabangsa tahun ini, pihak Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MYCAT) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) telah mendekati seramai 800 orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran sempadan luar Taman negara, yang dapat memainkan peranan penting di dalam usaha menyelamatkan harimau belang di dalam sebuah taman negara utama di Semenanjung Malaysia. Program pendekatan dan kesedaran masyarakat ini telah diadakan di lima buah kampung di kawasan Sungai Yu, Pahang, antara 11 dan 14 September 2009.
Sungai Yu yang terletak di Daerah Kuala Lipis, Pahang, mempunyai sebatang Lebuhraya Persekutuan 8 yang merentasi tengah-tengah kawasan hutan yang sempit, yang menghubungkan Taman Negara dengan Banjaran Titiwangsa. Kedua-dua kawasan kompleks hutan ini membentuk apa yang digelar sebagai Central Forest Spine, yang menyediakan perkhidmatan ekologi penting disamping memberi kestabilan kepada negara. Integriti ekologi terhadap Central Forest Spine ini umumnya menerima dua ancaman utama: pemecahan kawasan-kawasan hutan oleh peluasan jalan raya serta pemburuan hidupan liar.
Pelan Tindakan Harimau Kebangsaan telah mensasarkan untuk menggandakan bilangan Harimau Malaya menjelang tahun 2020 kepada 1000 ekor harimau belang liar. Untuk itu, perlindungan kepada harimau dan spesies mangsa daripada pemburu haram, serta mengekalkan habitat dan koridor adalah antara tindakan penting yang perlu dilakukan segera.
Pihak Jabatan PERHILITAN adalah agensi kerajaan yang menguatkuasakan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1976. MYCAT membantu usaha pihak berkuasa dengan mengadakan program pendekatan dan kesedaran di kawasan yang kerap berlaku pemburuan haram serta perdagangan haram hidupan liar, termasuklah di pelbagai lokasi pemuliharaan penting seperti di sambungan Koridor Sungai Yu. Kesemua program pendekatan dan kesedaran ini adalah sebahagian daripada kempen seluruh negara MYCAT untuk mengurangkan penggunaan di peringkat tempatan, pemburuan dan perdagangan haram terhadap harimau dan spesies mangsa, yang dimulakan sejak tahun 2007. | | | | 
© Paul Henry 
© Loretta Ann Shepherd / MYCAT 
© Loretta Ann Shepherd / MYCAT |
Sesetengah masyarakat yang tinggal berhampiran dengan habitat harimau atau kawasan tumpuan pemburuan haram mungkin terlibat secara langsung atau berkait rapat dengan jenayah hidupan liar ini. Ramai yang mengetahui hal ini, tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang mengambil tindakan. Maka, adalah penting untuk bertemu dengan mereka kerana mereka memiliki peluang terbaik untuk memberikan maklumat pada masa-sebenar dan maklumat pemburuan dan perdagangan haram yang tepat untuk membantu usaha penguatkuasaan. Untuk tujuan ini, MYCAT telah menubuhkan sebuah talian Hotline Hidupan Liar (pada mulanya dinamakan sebagai Hotline Harimau) pada tahun 2007. Ini adalah untuk mewujudkan lebih banyak “mata-mata” dan peringatan bahawa komuniti mereka sedang diperhatikan oleh usaha pemuliharaan, selanjutnya akan menjadikan aktiviti haram sukar untuk diteruskan.
Tarikh pelaksanaan program ini sangat penting memandangkan minggu sebelum Aidilfitri ialah waktu apabila pemburu memasang jerat untuk menangkap rusa sebagai hidangan perayaan, juga kerana bulan November adalah musim memburu rusa. Program ini memperkenalkan hotline dan ganjaran tunai oleh PERHILITAN sebagai pertukaran kepada maklumat yang berkualiti, juga larangan pemburuan rusa sambar dan kijang selama dua tahun yang baru saja diumumkan oleh pihak PERHILITAN.
Tenaga kerja yang terlibat di dalam program ini terdiri daripada kakitangan daripada Pejabat sekretariat MYCAT dan Jabatan PERHILITAN, termasuklah sukarelawan MYCAT. Program ini melibatkan pameran di kawasan tapak pasar malam di Kampung Merhamah, FELCRA Sungai Temau dan Merapoh; lawatan rumah ke rumah ke 60 keluarga di kampung Teluk Gunung, Kampung Gua Kalong, Kampung Merhamah, dan 40 buah restoran dan kedai runcit di sepanjang Lebuh Raya 8; termasuklah program khas untuk Orang Asli di Kampung Cecah Kelubi, kesemua lokasi yang berkemungkinan untuk mendapat maklumat.
Tapak pameran MYCAT mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung yang mungkin berpotensi sebagai pemberi maklumat atau mereka sendiri adalah pemburu haram. Terdapat bahan-bahan pameran seperti bahagian-bahagian badan harimau belang, trofi rusa dan jerat, serta poster mengenai hidupan liar yang diburu secara haram telah dipamerkan sebagai bukti kekejaman jerat dan pengharaman penggunaannya, dengan menegaskan bahawa jenayah tersebut turut berlaku di kawasan sekitar mereka, kemungkinan oleh orang yang mereka kenali. Beg guna semula dan magnet yang mempamerkan nombor hotline telah turut diedarkan kepada penduduk tempatan untuk simpanan mereka.
Program telah berjaya mendekati seramai 800 orang penduduk kampung dan telah menerima maklumat berhubung dengan beberapa kes pemburuan haram, yang membolehkan PERHILITAN untuk mengambil tindakan penguatkuasaan segera. Pada tahun 2010, sejajar dengan Tahun Harimau, MYCAT berharap untuk kembali semula ke lokasi yang sama untuk memperkasakan sebaran maklumat disamping meningkatkan kesedaran dikalangan pelajar sekolah.
Program pendekatan dan kesedaran ini telah mendapat bantuan dana daripada Save the Tiger Fund, Japan Tiger and Elephant Fund dan Jabatan PERHILITAN. |
|
|
Last Updated on Tuesday, 13 October 2009 18:03 |
|
|
Written by Suzalinur Manja Bidin
|
|
Tuesday, 11 August 2009 13:50 |
|
|
|
Last Updated on Tuesday, 11 August 2009 13:55 |
|
Written by Suzalinur Manja Bidin
|
|
Thursday, 23 July 2009 13:37 |
|
|
|
Last Updated on Wednesday, 05 August 2009 18:38 |
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 4 |