PrintE-mail

Lanskap Harimau Malaysia

[ENG] [中文]

Lanskap Banjaran Titiwangsa (Main Range Landscape)
Terletak ke arah barat dari tanah besar, menganjur dari sempadan Malaysia-Thailand ke Negeri Sembilan.

Greater Taman Negara (Greater Taman Negara Landscape)
Terletak ke arah timur, merangkumi Taman Negara; kawasan perlindungan terbesar di negara ini.

Lanskap Hutan Selatan (Southern Forest Landscape)
Terletak di sebelah selatan Sungai Pahang, tetapi terpisah daripada kedua-dua lanskap di atas.


Sumber: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia, 2008. Pelan Tindakan Harimau Kebangsaan Malaysia.

*************************************************

Setiap lanskap hutan ini mempunyai kawasan teras utama untuk pemuliharaan harimau iaitu: Kompleks Belum-Temengor, Taman Negara, dan Kompleks Endau-Rompin.

Lanskap-lanskap ini amat penting untuk pemuliharaan harimau, tetapi kawasan sebegini juga harus disambungkan menggunakan ‘koridor ekologi’ yang akan mengelakkan populasi-populasi kecil harimau terputus daripada yang lain. Populasi-populasi yang kecil akan membiak baka dalam jika mereka tidak dapat bercampur dengan harimau dari kawasan lain – dan tidak dapat berkekalan dalam jangka masa panjang.

Pengenalpastian dan perlindungan koridor ekologi utama akan meningkatkan keupayaan lanskap harimau untuk memulihara harimau di Malaysia dengan membolehkan harimau terus bergerak di antara landskap-landskap ini.

Terdapat satu penghubung sangat penting yang masih wujud dan mesti dikekalkan dan dipertingkatkan secara berterusan untuk memastikan bahawa lanskap-lanskap penting ini terus tersambung. Ini merupakan satu jalur hutan yang sempit menghubungkan Banjaran Titiwangsa dan Taman Negara (berdekatan sempadan barat Taman Negara di negeri Pahang). Projek-projek infrastruktur yang sedia ada dan dicadangkan, contohnya jalan raya, jalan keretapi dan satu saluran paip minyak besar, mengancam kesambungan habitat-habitat di dalam dan di antara semua kawasan ini.

Terdapat kaedah-kaedah pengawalan yang dapat menangani risiko pemecahan hutan jika kaedah tersebut dimasukkan pada peringkat awal perancangan projek-projek yang mungkin menyekat koridor-koridor ini.

  

Wild Tiger Run. Click here to register!

Thank you to everyone who was a part of the Maybank Wild Tiger Run, it was a memorable event for tigers! Photos have been uploaded here and here.

Now anyone can help save wildlife!

Partial sponsorship is available for CAT volunteers between the age of 18-25 years old! More details here.

 



Find us on facebook-social media

free web counter
MYCAT Secretariat’s Office T: +6 03 7880 3940
Unit 3, Ground Floor, Jalan SS 23/11, F: +603 7882 0171
Taman SEA, 47400 Petaling Jaya, E: mycat.so@malayantiger.net
Selangor, Malaysia.
(Click here for map)